Kutu Kepala
Teks: Suhana Salleh
Baru-baru ni adik ipar bagitahu anaknya dijangkiti kutu selepas beberapa hari ke tadika.
Kutu ini kecil je saiznya tapi kalau dia hisap darah kat kepala gatalnya yang amat. Sumber: Google |
Kutu ini sebenarnya memang cepat berjangkit. Terutamanya kanak-kanak yang dihantar ke taska, tadika dan sekolah. Kutu dikategorikan dalam kumpulan parasit yang hisap darah. Bila anak dah dijangkiti kutu kepalanya akan rasa gatal, panas. Mulalah asyik tergaru-garu. Kita yang tengok dia pun rasa tak selesa.
Di taska saya pun pernah jadi masalah kutu ini. Kutu datang dari pelbagai punca. Ada yang bawa dari rumah, dari kampung, dari sekolah. Tiba taska berjangkit dengan kawan-kawan pula. Dah jadi satu kerja tambahan pula pembantu taska saya nak membasminya.
Kutu kepala ini memang cepat membiak. Tak hairanlah sebab seekor ibu kutu boleh keluarkan 70-100 biji telur setiap kali bertelur. Itu baru seekor. Bayangkan kalau kat kepala tu ada berekor-ekor ibu kutu.
Sebagai pengusaha taska saya memang tak gemar jika kanak-kanak taska berkutu. Boleh menjangkit kat orang lain itu yang payah. Renyah kerjanya. Jadi di sini saya mahu syorkan beberapa inisiatif yang boleh diambil oleh ibu bapa penjaga jika anak-anak kita dijangkiti kutu kepala.
1. Beli ubat basmi kutu
Selalunya ada jual di farmasi. Sekarang ni ubat kutu pun macam-macam jenis. Ada yang macam minyak, ada yang shampoo. Cari yang ada pakej sikat kutu sekali. Senang nanti lepas pakai ubat kutu boleh sauk kutu guna sikat tu.
2. Ikut arahan seperti yang diarahkan.
Cara guna ubat kutu ni senang je. Kena lumur kat rambut. Tekup dengan tuala atau scarf putih. Tunggu dalam 10 minit. Nanti keluarlah kutu-kutu yang pening lalat tu. Cuma kena pastikan berapa kali kekerapan penggunaan yang dianjurkan.
3. Kena rajin shampoo rambut anak.
Pastikan anak cuci rambut dengan shampoo sekurang-kurangnya 1 kali sehari. Masa bilas rambut boleh guna sikat bagi kutu keluar.
4. Asingkan tempat tidur.
Anak yang ada kutu tak boleh tidur dengan adik beradik yang tak ada kutu even ibu ayah. Pengasingan ini sementara je untuk elakkan menjangkit.
5. Jangan kongsi barang peribadi.
Tuala, sikat tolong jangan kongsi. Inilah yang akan mempercepatkan proses jangkitan kat orang lain. Lagi bagus belikan anak sikat sendiri. Tak bercampur guna dengan orang lain.
6. Selepas guna sikat masukkan dalam plastik khas.
Kutu yang kena isolasi 7 hari akan mati dengan sendiri.
7. Pantau selalu kepala anak.
Seminggu sekali hujung minggu ceklah kepala anak tu. Lebih-lebih lagi kalau tengok dia tergaru-garu. Tengok kat bahagian belakang tengkuk, tepi telinga. Mana tahu ada telur kutu kat rambut anak. Bila dah ada jangan buat derk je. Cepat-cepat bersihkan telur kutu tu.
8. Maklumkan juga pada pihak taska/tadika.
Apabila dah tahu anak ada kutu ringan-ringankanlah mulut itu bagitahulah kepada penjaga anak kita. Minta mereka alert dan ambil langkah yang sewajarnya. Kebiasaannya kanak-kanak yang ada kutu kami akan asingkannya tidur jauh sikit daripada kawan-kawan yang lain.
9. Potong pendek rambut anak
Kutu memang suka duduk dalam rambut yang tebal dan panjang. Sejuk dan lembab je rasanya bila anak berpeluh. Kalau rambut anak kita memang bela panjang mohon bekorban sedikit potonglah rambut anak itu. Pencegahan awal lebih berkesan masa peringkat telur. Lebih tiga hari telur akan menetas jadi anak tinap. Masa ni lagi sakit jiwa nak membersihkannya.
Selain daripada guna ubat kutu yang dijual di farmasi ada juga cara tradisional untuk hapuskan kutu. Tapi saya lebih suka guna cara ni. Lebih mudah dan ringkas. Sesuai sangat buat ibu bapa yang selalu sibuk.
Ingat, kebersihan kepala anak kita tanggungjawab ibu bapa penjaga bersama.
No comments:
Post a Comment