Popular Posts

Friday, November 23, 2018

7 Ciri Ibu Bapa Yang Disenangi Pengasuh

Sebelum menjalankan operasi taska institusi saya pernah menjadi pengasuh di rumah. Pada masa itu bilangan kanak-kanak yang saya asuh tak ramai. Kanak-kanak yang diasuh pun terhad kepada anak-anak jiran setaman.

Sebagai seorang yang tidak mempunyai latar belakang usahawan, bekerja sendiri sangat mencabar bagi saya. Bayangkan selama ini saya hanya bekerja makan gaji. Apa yang saya tahu setiap bulan gaji masuk dalam akaun. Saya tidak perlu buat sales atau memperkenalkan produk kepada umum.

Bayangkanlah apabila tiba-tiba dunia saya bertukar 360 darjah sebaik sahaja mengambil keputusan hendak menceburi bidang ini.

Menjaga kanak-kanak mungkin perkara susah bagi orang lain. Tapi ada lagi perkara yang lebih susah bagi saya. Saya tidak tahu berapa hendak menetapkan harga servis kepada ibu bapa. Pernah satu ketika saya minta ibu bapa sendiri yang  tetapkan harga servis yang saya tawarkan pada mereka.

Naif betul masa tu...

Saya kira itu dilema biasa bagi pengasuh yang baru hendak bermula. Tapi sepanjang menjadi pengasuh di rumah pengalaman banyak mengajar saya mengenali sikap ibu bapa.

Jadi hari ini saya senaraikan 7 ciri yang ibu bapa kena ada untuk disenangi pengasuh. Antaranya;

1. Bayar Yuran Awal Bulan.
Selalu kita tengok pengasuh di rumah akan dibayar upah mereka pada akhir bulan. Maknanya pengasuh kena jaga dahulu sampai akhir bulan baru dapat upah. Apa kata ibu bapa bayar awal sebelum dapat perkhidmatan mereka. Tentu pengasuh rumah lebih ceria dan bersemangat nak menjaga anak kita. Upah yang dibayar awal akan memberi rasa tanggungjawab kepada pengasuh untuk menggalas amanah yang diberikan. Lagipun bukankah nabi kita ada mengajar bayarlah upah kepada pekerjamu sebelum kering keringat mereka.

2. Bayar Yuran Tepat Pada Masanya
Jika ibu bapa tak mahu bayar awal pun tak menjadi masalah. Tapi kenalah tepati bila tarikh bayaran sepatutnya dibuat setiap bulan. Jika berjanji paling lewat 7 haribulan jangan pula lajak sampai tengah bulan. Pengasuh pun ada keperluan asasi yang mereka perlu penuhi. Jika ibu bapa lajak sampai tengah bulan bayangkanlah bagaimana mereka nak teruskan kehidupan. Terkulat-kulat memandang orang lain membeli itu ini. Anak-anak mereka pun dah minta macam-macam.

3. Bayar Yuran Penuh.
Kadang-kadang dalam satu bulan ada cuti umum berderet. Kadang-kadang emak abah kita dari kampung datang duduk rumah sampai dua minggu. Jadi kasihan pula nak hantar cucu itu ke rumah pengasuh. Walaupun anak kita tak datang penuh cubalah empati pada pengasuh dengan membayar penuh kepada mereka. Tak perlulah berkira sangat. Sampai nak tolak gaji mereka ikut hari. Kita pun kalau cuti tak datang kerja bos bayar penuh,kan?

4. Beri Hadiah Walaupun Tak Diminta
Sesekali apa salahnya bagi hadiah kepada pengasuh yang jaga anak kita. Contohnya hari raya. Hulurkanlah kain pasang ke, telekung ke, tudung atau sebalang kuih raya untuk mereka. Nak bagi duit raya pun tak salah. Bukan selalu pun dapat buat begitu. Paling tidak setahun sekali. Tengoklah betapa gembiranya mereka jika dapat hadiah yang tak disangka daripada kita.

5. Tidak Cerewet
Sebagai ibu bapa kita memang selalu mahukan anak kita dapat depenuh perhatian daripada pengasuh. Lebih-lebih lagi jika itu anak kita yang pertama. Kalau boleh semua nak tip top sampaikan tak boleh ada satu nyamuk pun gigit anak kita. Tapi kita perlu ingat rumah pengasuh adalah rumah pengasuh. Mereka ada peraturan di rumah mereka sendiri. Tak perlulah peraturan di rumah kita sampai hendak di bawa masuk ke rumah pengasuh. Letih pula pengasuh tu nanti...

6. Bayar Duit Lebih  Masa.
Kebiasaanya jika mengasuh anak di rumah pengasuh ibu bapa akan bayar jumlah lump sum. Tak kiralah jika ambil anak lewat ke, hantar anak hari Sabtu atau Ahad. Semuanya bayar macam biasa. Apa kata selepas ini jika pengasuh tak tetapkan jumlah lebih masa anak berapa. Ibu bapa sendiri yang tambahkan bayaran tersebut untuk pengasuh. Bukan apa, kadang-kadang memang ada pengasuh yang malu hendak cakap/ minta. Padahal bayaran lebih masa itu memang hak mereka.

7. Mudah Memberi Kerjasama
Pengasuh pun ada masa-masanya mereka jatuh sakit. Mereka perlukan cuti daripada mengasuh anak kita. Jika kita nampak pengasuh tidak larat tanyakan tahap kesihatan mereka. Jika mereka tak mampu nak jaga anak kita hari itu tawarkan diri kita sendiri untuk jaga anak kita. Biarkan pengasuh berehat secukupnya di rumah. Kadang-kadang mereka pun mahu pergi ke mana-mana bersama keluarga. Kalau dapat mereka bagitahu awal pun bagus dapatlah kita siap-siap minta cuti di pejabat. Begitu juga jika pengasuh terpaksa cuti kerana ada kecemasan.

Diharapkan dengan perkongsian ini ibu bapa lebih peka dan tak ambil enteng perkara ini walaupun nampak remeh. Siapa tahu dengan keprihatinan kita terhadap kebajikan mereka anak-anak kita akan dijaga dengan lebih baik.

Suhana Salleh
Pernah jadi pengasuh di rumah.

1 comment:

  1. PROBLEM KEWANGAN TERLIBAT

    Terima kasih banyak Mr Walker untuk membuat impian saya datang. saya mendapat kad atm kosong dari beliau. Pada mulanya apabila saya melihat saya memberi komen mengenai dia saya hanya merasakan saya cuba melihat apakah perkara itu akan berubah untuk saya kerana saya seorang ibu tunggal dengan 2 anak. Saya menghubungi Encik Walker kerana nama yang sama dengan suami saya yang terdahulu saya mempunyai kepercayaan dan mengikut langkahnya, saya memerlukan sedikit bayaran untuk mendapatkan kad tetapi ia tidak lagi berterima kasih 5 hari saya mendapat kad saya dihantar ke saya di sini di Canberra , Australia. Dalam masa kurang dari dua minggu sekarang saya telah mengeluarkan wang tunai $ 12.000 dolar di mana-mana POS atau mesin ATM setiap hari mengeluarkan $ 600. Saya sangat gembira kini membayar bil saya dan cukup untuk makan dan menjaga anak-anak saya. Terima kasih Mr Walker Hubungi dia: blankatm002@gmail.com

    ReplyDelete