Kenapa Orang Perempuan Suka Bercakap
Teks: Suhana Salleh
Dua hari lepas serabutnya kepala duduk buat kerja menulis sorang-sorang di rumah. Lepas itu ada orang call tak habis-habis cerita masalah dia. Saya ingat nak keluar ambil angin sebentar pergi window shopping kat AEON. Mana tahu boleh release tension. Tapi kereta pula buat hal pagi tadi. Minyak menitik-nitik keluar lepas isi minyak. Pam attendant tu kata mungkin ada bocor. Terus saya batalkan niat, patah balik ke rumah semula. Buatnya kereta meletup tengah jalan tak ke naya. Dahlah bawa dua budak kenit ni sekali.
Maka bersambunglah betapa duduk rumah lagi.
Selagi tak diluah selagi itulah serabut dalam otak. Sumber gambar: google di internet |
Terfikir juga waktu-waktu macam ni alangkah bagusnya jika ada seorang teman berbual. Sekurang-kurangnya apa yang terbuku di dada dan bersarang di minda terurai.
Dah nak petang Encik Suami call. Dia minta izin nak bawa seorang perempuan ini nak singgah rumah saya. Terkejut juga nak terima tetamu waktu-waktu macam ini sebab rumah bersepah macam tongkang karam. Mujur perempuan tu saya dah lama kenal. Kawan sama-sam sekolah menegah dulu. Saya pun kata bawaklah dia datang walaupun hati sebenarnya tak berapa nak ready.
Bagus juga Encik Suami bawa kawan saya ini singgah rumah. Macam tahu-tahu aje isteri dia ini perlukan seorang teman berbual. Dapatlah saya bersembang dengan kawan perempuan saya ni macam-macam. Encik suami pun macam dah faham. Sengaja dia tinggalkan kami berdua di rumah sementara dia pergi solat asar kat surau. Suka tengok kawan saya ini dah maju setapak ke hadapan. Dia pun rasa serasi dengan kerja baru yang diceburinya ini. Sambil-sambil itu saya sembang pasal kerja saya, pasal keluarga dan kawan-kawan lama yang dah tak dengar khabar berita. Tengah syok berborak laki dia pulak call. Bagitahu kata dalam 10 minit lagi sampai. Baki masa yang ada kami isi dengan berbual.
Bila suami dia sampai barulah kawan saya ini minta diri nak balik. Maka, terpaksalah saya lepaskan kawan saya itu dengan berat hati. Tapi saya seronok sebab sekurang-kurangnya separuh beban perasaan saya dah berlalu pergi.
Malamnya pula, tiba-tiba ada seorang kawan lama ketuk pintu wasap. Saya ingatkan dia nak bincang pasal kerja-kerja menulis. Mulanya malas juga nak layan sebab dah nak tertidur sangat. Tapi kesian pulak tengok dia macam bersungguh nak berbual. Mula-mula memang formal tapi dah lama-lama dia kata perbualan malam ni tak perlulah formal sangat. Santai-santai sudah sebab dia pun tengah dodoikan anak sementara tunggu pasangannya balik rumah. Jadi saya pun layan dia macam kawan-kawan.
Dah lama berbual baru saya tahu masalah sebenar dia. Oh, rupanya dia pun berada dalam keadaan tertekan tapi tak tahu nak luah pada siapa.
Itulah, di saat-saat macam ini kita (orang perempuanlah) memang perlukan seorang teman berbual. Percayalah, perempuan berbual bukan nak minta simpati atau minta orang yang mendengar itu selesaikan masalah dia pun sebenarnya. Dia cuma nak meluahkan. Meluahkan apa yang dia rasa pada masa itu. Itu sahaja. Insya-Allah selepas dapat bercakap-cakap perempuan akan rasa lebih tenang. Dan sellepas itu semuanya akan berjalan seperti biasa. Macam tak apa-apa perkara yang pelik berlaku.
Jadi kepada orang bukan perempuan di luar sana (terutamanya leaki) jangan pelik jika tiba-tiba perempuan boleh bercakap lebih banyak pada hari hari-hari tertentu. Memang dah lumrah alam. Orang perempuan merasa lebih tenang jika dia dapat meluahkan apa yang dia rasa. Jadi tak perlulah 'take it serious', ok. Biarkan saja dia bercakap sampai dia jumpah noktahnya sendiri.
No comments:
Post a Comment