Muzium Padi, Kedah
Teks: Suhana Salleh
Lemah betul dengar apabila adik ipar saya kata lepas ini kita pergi ke Muzium Padi.
Stigma otak saya 'muzium' hanyalah tempat berjalan-jalan, mencuci mata melihat replika sambil membaca sejarah yang tercatat di atasnya.
Rupanya tanggapan pertama saya silap.
Sebaik saja urusan membeli tiket selesai, rombongan kami yang terdiri daripada 6 buah keluarga diarahkan naik ke tingkat atas melalui tangga yang disediakan.
Berpusing-pusing kami mendaki anak-anak tangga. Kanak-kanak dan orang dewasa memang seronok naik tangga berpusing begitu. Tapi bapa mentua saya sudah pening-pening lalat.
Sampai di atas, "wah, cantiknya!" Hanya dua perkataan itu sahaja yang terucap di bibir saya. Panoramanya sungguh mengasyikkan. Semua mata terpaku melihat pemandangan indah yang terhampar di hadapan mata kami.
Saya sangka itu adalah pandangan sebenar dengan ruang terbuka di atasnya. Rupanya kami tenggelam dalam ilusi. Pemandangan yang dihamparkan sebenarnya adalah lukisan mural yang dipasang di dalam bangunan muzium tersebut.
Di sini pengunjung bebas mengambil gambar masing-masing di mana-mana pemandangan yang mereka suka. Ada lukisan yang menggambarkan cuaca cerah dan ceria. Ada pemandangan suram kerana hari sudah mahu hujan. Ada juga gambar pelangi dan menonjolkan kehidupan masyarakat kampung yang harmoni. Takjub saya melihat bagaimana teliti dan halusnya mural yang dihasilkan ini.
Antara fakta menarik di sebalik keindahan mural tersebut;
▪dihasilkan oleh 60 orang pelukis Korea.
▪mengambil masa 6 bulan untuk disiapkan.
▪kosnya menelan belanja 11 juta.
▪panorama lukisan berdasarkan pemandangan dari puncak Gunung Keriang.
▪dihasilkan oleh 60 orang pelukis Korea.
▪mengambil masa 6 bulan untuk disiapkan.
▪kosnya menelan belanja 11 juta.
▪panorama lukisan berdasarkan pemandangan dari puncak Gunung Keriang.
Suasana pengunjung yang hadir di kaki Gunung Keriang. |
Inilah sebahagian pemandangan yang dapat dilihat dari puncak Gunung Keriang. |
Pemandangan sawah padi ketika hujan panas. Ada pelangi. |
Suasana di sawah padi ketika terik mentari. Siap bayang-bayang pokok lagi. |
Pemandangan sawah padi yang macam betul-betul ada. |
Sebahagian keluarga besar Haji Rahmat & Hajah Rogayah |
Tidak mahu melepaskan peluang keemasan, saya mengajak seluruh ahli keluarga Haji Rahmat & Hajah Rogayah yang ada untuk merakam detik indah di Muzium Padi ini. Perkhidmatan jurufoto profesional juga boleh didapati di sini. Kadar caj yang dikenakan juga adalah relevan dan munasabah. Gambar yang sudah siap diprint beserta kalendar sebagai frame hanya dikenakan bayaran sepuluh ringgit.
Saya sungguh berpuas hati dengan usaha dan inisiatif kerajaan negeri Kedah menaik taraf Muzium Padi ini. Dengan tiket yang berharga RM5 untuk dewasa saya rasa berbaloi jika mahu membawa anak-anak dan ibu bapa masuk ke sini.
Kata orang tak kenal maka tak cinta. Saya rasa inilah kali pertama saya masuk muzium yang tak membosankan. Tak rugi bayar tiket masuk RM5 seorang (dewasa). Macam naik KL Tower pun ada rasanya. Jadi jangan lupa singgah Muzium Padi andai kata ada singgah Aloqstaq.
Pemandangan sebenar di kaki Gunung Keriang. |
'
No comments:
Post a Comment