Langkah Bijak Urus Anak Bercerai Dengan Botol Susu
Teks: Suhana Salleh
Saya rimas tengok kanak-kanak 4 tahun yang masih bergantung dengan botol susu.
Pernah saya terpaksa menguruskan berbelas-belas botol susu kanak-kanak di taska. Setiap kali hujung minggu botol susu kanak-kanak perlu direbus untuk memastikan kebersihannya terjamin. Puting botol harus dikeluarkan daripada penutupnya agar kuman dan kotoran yang terselit kena air panas. Pernah terjadi kes saya tertukar puting botol budak. Semuanya nampak seakan sama sahaja. Ada ibu bapa yang datang complaint.
Aduh... bengang juga. Kita berusaha nak matikan kuman kat botol susu anak tapi dia sedap je marah kata taska cuai. Tapi saya terima semua itu dengan hati yang terbuka. Kejadian itu telah membuatkan saya lebih kreatif memikirkan solusi tak nak botol susu banyak- banyak dekat taska. Sudahlah makan space banyak. Jenuh pula nak basuh botol susu 20 orang budak sekali harung..
Maka timbullah idea saya melatih kanak-kanak minum susu dalam cawan. Kanak-kanak yang masuk umur 4 tahun saya wajibkan mereka minum susu guna cawan. 2 kali sehari pagi dan petang. Hasilnya memang menakjubkan. Kanak-kanak tak mahu minum susu di taska. Katanya tak sedap (tak syok) sebab tak boleh minum sambil baring.
Ibu bapa juga akan dimaklumkan mengenai hal ini. Harapannya agar amalan minum susu dalam cawan dapat diteruskan di rumah. Kadang-kadang ada ibu bapa dapat ikut saranan pihak taska. Kadang-kadang ada yang tetap bagi anak susu dalam botol di rumah. Terpulang kepada pendirian masing-masing. Tapi kanak-kanak secara automatik tidak mahu minum susu dalam botoll ketika di taska.
Sebenarnya kita sedang melatih anak ini membiasakan dirinya agar tidak bergantung kepada botol susu. Ini juga sebagai persiapan untuk anak menghadapi alam persekolahan tadika pada tahun seterusnya. Bayangkan bagaimana susahnya ibu bapa yang hendak menghantar anak ke sekolah tadika dalam masa yang sama anak masih minum susu dalam botol. Setiap pagi boleh berperang dengan anak kerana terkejar dengan masa dan hendak melayan anak buat susu dalam botol. Bagaimana pula dengan cikgu yang terpaksa melayan 20 orang kanak-kanak tadika dan masih ada seorang yang bergantung dengan botol susu.
Berbalik kepada latihan itu tadi saya dapati kanak-kanak yang tidak bergantung kepada botol susu lebih independent, lebih mudah bergaul dengan kawan-kawan dan pandai membawa diri sebaik saja mereka masuk ke alam sekolah tadika. Kanak-kanak perlu diajar disiplin dan patuh peraturan agar kehidupan di sekolah lebih hamoni bersama kawan-kawan sebaya mereka. Sejak itu bebanan saya dan pengasuh taska membasuh botol susu dapat dikurangkan. Masa saya dan pengasuh juga menjadi lebih efektif dengan mengajar kanak-kanak kepada perkara lain yang lebih penting.
Sumber gambar : Page Ibu & Balita |
No comments:
Post a Comment