Hari ini saya nak berkongsi satu lagi resepi ringkas taska tapi disukai ramai kanak-kanak. Resepi yang akan saya kongsikan kali ini ialah Sayur Bayam Tumis Air.
Bahan-bahannya;
- Secekak daun bayam yang sudah disiang.
- Sebiji bawang merah
- Tiga ulas bawang putih
- Sedikit ikan bilis
- Sedikit minya untuk menumis
- Sedikit garam
- Semangkuk air
Cara-caranya;
- Tumbuk bawang merah, bawang putih dan ikan bilis sama ada mahu ditumbuk lumat atau kasar. Boleh juga jika bahan-bahan ini dihiris jika tidak mahu ditumbuk.
- Masukkan sedikit minyak dalam periuk untuk menumis.
- Apabila minyak sudah panas masukkan bahan-bahan yang sudah ditumbuk tadi.
- Kacau pantas untuk mengelakkannya hangit
- Masukkan sedikit air.
- Biarkan air mendidih.
- Masukkan bayam.
- Kacau sehingga semua bayam lecur.
- Masukkan sedikit garam.
- Boleh tambah air sekiranya kuahnya terlalu sedikit.
- Tutup api setelah bayam kelihatan lembut.
- Sedia untuk dihidang
Nota tambahan.
- Potong akar bayam terlebih dahulu sebelum disiang.
- Lalukan air paip kepada bayam yang sudah dipotong akarnya bagi mengeluarkan pasir-pasir yang terlekat di daunnya.
- Bilas daun bayam yang sudah siap disiang sekali lagi dengan air.
- Untuk mendapatkan kuah yang sedang elok pastikan air tidak melebihi paras bayam dalam periuk.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment