Sungai Rengit
Teks : Suhana Salleh
Selepas sarapan mak ajak pergi pasar favourite dia - Pasar Parit Jawa. Tak lain tak bukan cari ikan kesukaan dia - ikan sembilang dan ikan pari.
Saya malas nak ikut sebab nak kemas rumah. Sengaja saya suruh anak saya yang sulung dan nombor dua ikut ayahnya ke pasar. Buat teman nenek dan pimpinnya ke pasar nanti.
Balik dari Pasar Parit Jawa suami ajak ke Rengit. Nak tengok barang terpakai yang dijual di sana. Pada hal sengaja nak ajak mak berjalan naik kereta jauh sikit. Batu Pahat - Rengit lebih kurang satu jam. Mak pun kata nak ikut juga.
Sampai di Rengit pusing-pusing kat kedai jual barang terpakai. Tapi tak ada pula yang berkenan. Masa nak menghala balik lalu tempat orang jual ikan. Sengaja saya suruh encik suami berhenti. Nak ajak mak cuci mata sekali lagi.
Inilah tempat ikan turun di Sungai Rengit. Ikan dibawa naik sekitar pukul 9.00 pagi. Kami sampai pukul 1.00 petang. Banyak peniaga yang berkemas nak tutup gerai. |
Jalan-jalan di situ memang buat mak rambang mata. Ada saki baki ikan baru turun laut pagi tadi. Masih segar. Ikan parang seekor rm15. Siput sedut 1 kg rm9. Udang saiz besar biasa rm65 sekilo jadi rm55. Terbeli jugalah mak ikan-ikan tu. Pada hal pagi tadi dah borong ikat kat pasar Parit Jawa.
Walaupun tinggal saki baki semua ikan ini masih segar lagi. |
Udang saiz besar yang biasanya RM65 kg pun dapat harga RM55. Rezeki jangan ditolak. |
"Mak, buat apa beli banyak-banyak lauk?"
"Eh, biarlah. Nanti siapa-siapa ada balik boleh masak."
"Dah mak, jom balik. Lama lagi kat sini kang lagi banyak mak nak beli."
"Isk, memang gilalah tengok ikan-ikan ini. Jom balik. Sebelum tu mak nak beli ikan parang lagi seekor."
^_^
^_^
Setakat nak makan anak beranak di rumah beli di sini memang berbaloi dan puas hati. |
No comments:
Post a Comment