Azhar's Food Supplier Sdn. Bhd.
Teks: Suhana Salleh
Dari Rengit menghala balik rumah emak, encik suami berhenti singgah di Azhar's Food Supplier Sdn. Bhd.
Premis ini terletak di RU 51, Jalan Besar Sri Bahrum, Jalan Pontian, Rengit Johor. Dari Rengit ke Batu Pahat premisnya terletak di sebelah kiri jalan besar. Ada signboard besar yang memudahkannya dilihat.
Dari jalan besar dah boleh nampak signboard yang dipasang. |
Untuk makluman di sini ada menjual pelbagai jenis kerepek dan makanan ringan. Ada kerepek pisang, kerepek ubi pedas, tak pedas, maruku, rempeyek dan seumpamanya. Kuih kapit kosong, kapit berinti, kacang, popia gulung, simpul dan samosa mini pun ada. Pelanggan boleh beli sepeket atau satu bundle terus.
Ada beberapa produk laku keras diletakkan di luar premis sebagai tester. |
Memang rambang mata apabila masuk dalam ini. Bahagian depan dijual untuk satu-satu. |
Bahagian belakang dijual secara bundle. |
Kali ini giliran encik suami dan anak-anak pula yang rambang mata. Kalau boleh semua nak dicapai dan masuk dalam bakul mereka. Saya cuma pilih mini samosa. Nampak macam cantik. Harga pun munasabah. Harap rasanya tak mengecewakan.
Saya tengok mak berlegar-legar saja kat situ. Tak ada pegang apa-apa.
"Mak nak beli apa?" Saya tanya.
"Tak ada apa. Mak nak beli kuih kapit ini aje. Untuk mak sedara kau. Kesian dia tak pernah pergi sini."
Aduh mak, mak.
Anak dia punyalah ingat nak senangkan dia. Tapi dia tetap juga ingat kat orang lain. Nak buat macam mana. Dah memang resmi mak saya begitu. Sayang orang lain lebih dari diri dia sendiri.
No comments:
Post a Comment