Ibu bekerjaya dan ada anak pasti pernah berhadapan dengan situasi dan konfik begini. Mahu hantar anak dijaga siapa dan di mana?
Jika diikutkan hati setiap semua ibu mahu menjaga anak mereka sendiri di rumah. Berat hati nak suruh orang lain jagakan anak kita sendiri. tapi apakan daya, tinggal di bandar rumah perlu dibayar, kereta perlu diisi minyak, makanan harus dibeli. Boleh dikatakan serba serbi perlukan duit hatta hendak masuk ke tandas awam.
Suka atau tidak, wanita terpaksa berkorban demi anak dan keluarga. Wanita terpaksa keluar bekerja. Apabila wanita bekerja maka timbullah persoalan. Siapa hendak jaga anak? Anak-anak hendak dihantar ke mana?
Berdasarkan pengalaman saya semasa bekerja makan gaji dahulu. Bayi saya seawal 3 bulan sudah dihantar ke rumah pengasuh rumah. Pagi-pagi saya sudah bangun untuk menyiapkan barang keperluannya. Sedih betul perasaan saya apabila tengok bayi sekecil itu sudah bertukar tangan di rumah orang lain untuk diuruskan keperluannya. Tapi apakan daya, hidup perlu diteruskan.
Saya sangat bersyukur dapat mengenali Kak Zai yang ketika itu duduk di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Meskipun dia seorang ibu tunggal tapi dia seorang yang penyayang, sihat fizikal dan mentalnya. Rumah Kak Zai dengan rumah saya pun tidak jauh. Jadi tidaklah saya terlalu risau memikirkan keselamatan dan kebajikan anak saya sewaktu ditinggalkan dengannya.
Setahun juga Kak Zai menjaga anak saya yang pertama. Saya pun sudah selesa dengan caranya. setahun itu jugalah perjalanan hidup kami sekeluarga berjalan licin dan tenang. Namun segalanya berubah apabila suami saya mengambil keputusan membeli rumah di Rawang. Persoalan yang pernah bermain di fikiran saya kembali semula. Siapa nak jaga anak ketika saya bekerja nanti?
Popular Posts
-
"Puan, saya tak pernah hantar anak dekat taska. Macam mana nak tahu anak saya ok ke tidak dekat sini?" Saya selalu dapat soa...
-
Beza Pengasuh Rumah, Taska dan Tadika Teks : Suhana Salleh Sejak akhir-akhir ini media banyak memaparkan isu penderaan kanak-kanak ...
-
Pengalaman Pertama Jaga Anak Jiran Teks:Suhana Salleh Ini jawapan suami saya apabila saya utarakan kebosanan hidup sebagai seorang sur...
-
Kutu Kepala Teks: Suhana Salleh Baru-baru ni adik ipar bagitahu anaknya dijangkiti kutu selepas beberapa hari ke tadika. Kutu ini ...
-
Sebelum menjalankan operasi taska institusi saya pernah menjadi pengasuh di rumah. Pada masa itu bilangan kanak-kanak yang saya asuh tak ram...
-
Ingat senang ke nak ajar budak-budak suka makan sayur. Antara trick yang selalu saya guna macam ni. "Makan sayur ni bagus tau....
-
Senarai Barang Larangan Taska Teks: Suhana Salleh Hantar anak-anak ke taska kena ikut peraturan taska. Kebiasaannya pihak taska akan...
-
Selamat Hari Raya, Cinderella Teks: Suhana Salleh Sedang membetulkan tudung dalam tandas di sebuah stesen minyak, saya disapa oleh ma...
-
Cara Suri Rumah Tangga Jana Duit Teks: Suhana Salleh 'Suri rumah'. Apabila disebut perkataan ini selalu yang terbayang di fi...
-
Tengah hari tadi dapat satu panggilan telefon dari seorang lelaki. Dia bertanyakan taska saya di mana. Nak menghantar 3 orang anaknya ke ta...
No comments:
Post a Comment