Menurut PRPM (Pusat Rujukan Persuratan Melayu) versi 2, jadual adalah susunan acara mengikut masa yg ditentukan.
Semasa saya berhenti kerja inilah rutin saya setiap hari.
6.00 pagi : Bangun tidur, kemas tingkat bawah sebagai persiapan menyambut kanak-kanak datang pagi. dalam masa yang sama ambil kesempatan masukkan baju dalam washing machine untuk dibasuh. Kalau rajin buat sarapan yang agak berat.
7.30 pagi: mandikan kanak-kanak, siapkan pakai baju
8.30 pagi: bagi kanak-kanak minum susu dan sarapan. sambil itu masak nasi dan lauk untuk kanak-kanak makan tengah hari.
10.00 pagi: buat aktiviti dengan kanak-kanak. sambil itu sidai baju yang sudah siap dibasuh
hingga
11.00 pagi
12.30: bagi kanak-kanak makan
1.00 petang: siapkan kanak-kanak untuk tidur sebentar.
hingga 3.30 petang : angkat kain baju di ampaian. lipat terus. letak di satu sudut supaya suami angkat naik ke tingkat atas.
3.30 petang:mandikan kanak-kanak.
hingga
4.30 petang
4.30 petang: bagi kanak-kanak minum susu dan minum petang
hingga
5.00 petang
5.00 petang : kanak-kanak diberi menonton tv. sambil itu saya masak untuk makan malam keluarga
hingga
6.00 petang
7.00 petang : semua kanak-kanak beransur balik
Kenapa jadual begini penting kepada suri rumah yang bekerja di rumah?
- memudahkan urusan kerja hakiki dengan kerja sampingan di rumah
- melicinkan operasi harian
- menjadikan kerja lebih teratur
- mampu mengurangkan stres
Sewaktu saya mengambil Kurus Asas Asuhan Kanak-kanak, membuat jadual aktiviti kanak-kanak memang amat dititik beratkan walaupun kita hanya menjadi pengasuh di rumah.
Kebaikan yang saya dapat daripada jadual ini perjalanan operasi taska menjadi lebih mudah kerana kita sudah dapat membiasakan rutin tersebut kepada diri kita sendiri, diri pengasuh dan kanak-kanak yang dijaga.
No comments:
Post a Comment