Cuti sekolah panjang ini pening juga bagaimana hendak mengisi masa anak-anak di rumah.
Awalnya saya bercadang menghantar anak saya yang pertama mengikuti program untuk remaja anjuran masjid dan surau di taman perumahan. Tapi program itu bermula 28hb ni.
Kebetulan anak saya yang bersekolah tadika ada majlis graduasi pada hari Ahad yang lepas. KRT tempat anak saya bersekolah ada menganjurkan Perarakan Sempena Maulidur Rasul pada hari tersebut. Untuk memeriahkan majlis pihak KRT membuat tawaran kepada sesiapa yang berminat bolehlah memohon untuk membuka gerai jualan.
Jadi saya pun mohonlah. Tak sangka pula lulus. Sebelum ini penganjur kata permintaan sudah penuh. Jadi saya gunakanlah skil negosiasi yang saya ada untuk dapatkan tapak gerai. Syukur akhir-akhir masa kecederaan penganjur kata ada kosong. Bolehlah kalau nak selit gerai saya satu. Yeay!
Jadi pada hari itu dapatlah saya buka gerai menjual Crunchiz. Oleh kerana saya ini tak pernah berniaga produk maka saya pun pinjam (baca: sewa dengan sedikit bayaran) payung jualan daripada jiran saya yang menjual nasi lemak. Pakej termasuk dengan dua kerusi. Meja guna meja taska. Dua kali juga pusing angkut barang-barang itu semua sebab kereta tak muat.
Pagi itu sekitar pukul 7.00 pagi saya dan anak dah bersiap-siap pasang payung dan buka meja untuk jualan. Terkial-kiall jugalah nak memasang payung besar itu. Nasib baik berjaya. Lepas siap pasang saya suruh anak saya jaga gerai dahulu. Saya kena turut serta dalam acara selawat beramai-ramai dengan anak-anak tadika dan penduduk taman. Tak nak dia kelam kabut nanti duit tukar saya dah siapkan awal-awal dari rumah. Elok PU Johari mula ceramah hujan pun turun. Mula-mula rintik-rintik sahaja. Tak lama lepas itu lebat yang amat. Mujur hujan turun tak lama. Lepas ceramah dah berhenti.
Balik ke gerai saya tanya kat anak, "ada orang beli tak?"
Dia jawab ada. "4."
Wow, terus semangat saya nak menjual.
Akhirnya pukul 3.00 petang barulah majlis graduasi anak yang ke-empat berakhir. Masa itu awan dah gelap. Cuaca mendung. Hujan pun turun sekali lagi. Kali ini lebih lebat dari tadi. Mujur tak ada angin kencang. Kalau tak mahu tercabut payung. Dahlah payung pinjam.
Inilah gerai kami pada hari itu. Gambar diambil semasa waktu pagi. Cuaca masih elok lagi. |
Memandangkan pengunjung pun dah tak ramai saya terus ajak anak kemas. Bertungkus lumuslah saya mengisi barang yang dah tak ada kotak ke dalam kereta. Terkial-kial sekali lagi macam mana nak tutup payung pulak. Godek punya godek berjaya juga akhirnya. Kali ini saya angkut barang sekali harung sahaja.
Balik rumah barulah terasa penat badan. Terfikir pula, agaknya beginilah peniaga yang tiap-tiap hari berniaga rasa. Tabik dengan semangat juang mereka.
Tiba rumah kami kira semula untung hasil jualan. Tak adalah banyak mana. Tapi saya sangat bersyukur dengan pengalaman berniaga ini. Ia lebih mahal dari untung yang saya dapat hari ini.
- Menghilangkan rasa malu tak bertempat.
- Menjadikan otak lebih kreatif bagaimana nak menyelesaikan satu-satu masalah
- Dapat skil berkomunikasi dengan orang yang tak pernah kita kenal
- Dapat skil bagaimana nak tarik pelanggan
- Dapat skil macam mana nak kenalkan produk
- Dapat pengalaman sebenar berniaga
- Dapat belajar macam mana nak capai target jualan
- Dapat belajar bagaimana nak tangani penolakan dari orang lain
- Membentuk keyakinan diri
- Dapat mengajar anak yang hidup ini perlu berusaha. Kejayaan tak datang bergolek.
No comments:
Post a Comment