Ahad sebulan yang lalu. Saya dan suami hantar Abang Zairi, anak saya yang pertama balik ke asramanya semula. Hanya Aniq, adiknya yang kecil sahaja yang ikut.
Tiga orang lagi anak saya yang perempuan tidak mahu ikut. Mereka hendak duduk rumah sahaja. Yalah, budak semakin dewasa begitulah. Malas nak ikut ibu ayah pergi jalan ke mana-mana. Tak macam kita dahulu. Terpaksa juga ikut lebih-lebih lagi kalau bertandang semasa hari raya atau ada kenduri. Teringat mak kata itulah masa nak kenal dengan sedara mara. Kalau tak bila lagi?
Sebelum berangkat tadi ayahnya sudah masakkan nasi dan lauk siap-siap untuk makan tengah hari mereka. Kami dijangka akan sampai rumah semula selepas pukul 2.00 petang. Tak kan nak tinggalkan anak berlapar,kan? Walaupun yang nombor dua itu dah boleh goreng telur dan mi segera sendiri tetap kami tak benarkan dia masak masa kami tak ada di rumah. Berkali-kali pesan pada dia kunci pintu rumah, jangan keluar ke mana-mana, jangan buka pintu pagar kalau ada orang ketuk, jangan main api gas. Bahaya. Apa-apa hal telefon ayah atau ibu segera. (Jadi mak-mak memang macam itulah banyak pesanan penaja).
Berbalik kepada cerita Abang Zairi dan Aniq tadi.
Seperti biasa sebelum berpisah mesti ada acara salam, cium pipi dan peluk doa. Boleh pula budak kecil ni main-main masa salam dengan abang dia. Saya perhatikan sahaja gelagat mereka berdua.
Selepas salam Aniq tak mahu dicium Abang Zairi. Aniq nak gigit pipi abang. |
Aniq tak mahu Abang Zairi cium pipinya. |
Bukan main lagi Aniq mengelak masa abang cuba nak cium pipinya. |
Akhirnya Abang Zairi dapat juga cium dan peluk Aniq. |
"Ya Allah, peliharakanlah mereka berdua untuk saya. Mereka inilah yang akan jadi perhiasan saya di dunia dan di akhirat kelak."
No comments:
Post a Comment