Popular Posts

Friday, November 23, 2018

Mengenai Suhana Salleh

Assalamualaikum dan Salam Perkenalan.Memandangkan ini entri pertama saya di blog eloklah saya ceritakan serba sedikit mengenai diri saya.
 Nama penuh Suhana Salleh. Asal Muar, Johor. Sudah berkahwin dan mempunyai lima orang anak. 2 lelaki, 3 perempuan. Kini bermastautin di Rawang, Selangor. Pernah bekerja sebagai Guru GSTT, Admin Executive merangkap PA Bos di sebuah syarikat kontraktor bumiputera. Sekarang saya menjadi usahawan yang bekerja di rumah. Ada taska sendiri yang sudah beroperasi lebih daripada 10 tahun. 

Sebelum menceburi bidang ini, ramai orang terutamanya ahli keluarga terdekat yang mempertikaikan kenapa saya berhenti kerja. Menurut mereka tak sayang ke tinggalkan kerja pejabat dan gaji besar itu? Tak kasihan ke pada mak abah yang dah banyak berhabis banyak duit suruh belajar? Kalau setakat hendak duduk di rumah jaga anak tak payahlah susah-susah belajar sampai universiti. Budak SPM pun boleh buat.

Aduh, pedih juga rasa hati mendengar pada awalnya. 

Tapi itulah. Tak semua orang rasa apa yang kita rasa. Tak semua orang faham apa yang kita hadapi kerana kita memakai kasut yang berbeza. Saya percaya dan yakin. Keputusan yang saya ambil ini bukan sia-sia. Inilah titik mula (turning point) dalam hidup saya. Orang lain mungkin fikir keputusan ini merugikan diri sendiri. Tak mengapalah kerana kita tak mampu nak fahamkan semua orang. Tapi kita perlu usaha untuk buktikannya. Kerana saya yakin setiap kesusahan pasti ada kesenangan selepasnya. 

Saya yakin pada doa yang dibaca selepas istikharah. Tak semua yang kita suka baik untuk kita. Tak semua yang kita tak suka tak baik untuk kita. Kita suka atau tidak keredhaan Allah yang lebih utama.

Memang pada awal-awal zaman berhenti kerja dahulu, saya rindu zaman dapat masuk gaji tetap setiap bulan. Tapi semua itu dah berakhir dan tinggal kenangan. Saya lebih gembira dengan kerja saya sekarang. Walaupun gaji masuk tak tetap dan tak tentu masa, saya masih ada masa untuk diri sendiri, anak-anak dan keluarga. 

Sejak kecil saya memang suka membaca. Apa sahaja buku yang menarik minat saya akan baca. Saya boleh kenyang dengan baca buku. Selain itu saya suka bercucuk tanam, travel dan menulis. Harap cita-cita saya nak travel dan tulis banyak buku dimudahkan Allah. 

Banyak pula yang saya cerita pasal diri saya sendiri. Ada masa nanti saya kongsikan lagi catatan, perjalanan dan pengalaman yang ada dalam tintasuhanasalleh. 

Rajin-rajinlah tinggalkan jejak anda di ruangan komen. 

Sehingga bertemu lagi di lain masa.

Salam perkenalan dari saya, 
Suhana Salleh.



No comments:

Post a Comment