Salah satu cabaran di taska ni adalah menahan budak-budak transit makan jajan dan gula-gula getah.
Selain makanan tak sihat gula-gula getah selalu dibuang merata-rata selepas makan. Jika gula-gula getah terpijak kasut, ok lagi. Jika terkena baju alamatnya memang payah. |
Kebiasaannya saya bagi amaran dulu kalau ternampak mereka pegang plastik jajan atau kunyah gula getah sewaktu balik dari sekolah agama atau sekolah kebangsaan.
"Kat taska ni tak boleh makan makanan ringan (junk food), ya. Sebelum Mak Ana rampas lebih baik simpan dalam beg sekolah.
Antara jajan yang jadi kesukaan kanak-kanak transit di taska saya. Sumber gambar: Sirap Limau. |
Ya, sudah namanya budak-budak. Kadang-kadang ikut. Kadang-kadang tidak.
Ya, dah namanya penjaga anak-anak yang lembut hati. Kadang-kadang saya tegas. Kadang-kadang saya tewas. Pernah juga saya 'paw' jajan diaorang makan sama-sama.
Perkara ini berlanjutan sehingga saya pun bosan asyik nak ingatkan diaorang tak boleh makan jajan kat taska. Dalam masa yang sama jajan masih bermaharajalela. (Budak-budak masih beli dan curi-curi makan walau saya larang). Nampak sangat ada ketirisan di situ. Sehinggalah satu hari sewaktu saya nak rampas jajan dari seorang budak. Berlakulah adengan kejar mengejar awek dengan pak we ala-ala filem Hindustan.
Sebaik saja saya dapat tangkap budak yang paling banyak beli jajan. Dia cakap begini pada saya. Dan saya memang tak boleh lupakan bait-bait perkataannya.
"Ala Mak Ana rampas jajan saya nanti Mak Ana yang makan."
Ouch! Terasa bagai dilempang macam dalam filem Ali Setan. Cis, berani sungguh dia bercakap macam itu pada saya. Kurang asam!
Saya marah? Oh tidak. Sebaliknya saya balas begini.
"Awak ingat Mak Ana suka-suka rampas jajan awak? Dah termaktubkan dalan peraturan taska benda-benda yang tak boleh dibawa ke taska. Cuba awak baca ni kuat-kuat."
Saya bukakan buku panduan taska di hadapannya. Saya suruh dia baca barang-barang yang tak boleh dibawa ke taska dan tindakan yang akan diambil sekiranya melanggar peraturan.
Budak lelaki darjah dua itu pun membaca kuat-kuat depan saya dan kawan-kawannya yang lain.
Selesai dia membacakannya saya bertanya, "Jadi?..."
"Tak boleh makan jajan kat taska. Nanti Mak Ana rampas," jawab mereka beramai-ramai.
Sejak daripada kejadian itu saya tak nampak lagi pĺastik jajan bersepah-sepah di dalam kawasan taska. Saya juga tak terjerit-jerit asyik nak ingatķan merèka. Syukur budak-budak taska saya boleh membaca dan boleh ikut peraturan.
Rupanya 'kacang' je nak ajar budak-budak ni.
No comments:
Post a Comment