Petang tadi taska saya menerima tetamu istimewa. 6 orang pelajar UNISEL dari Fakuliti Pendidikan Awal Kanak-kanak. Selepas 1 jam membuat pemerhatian tingkah laku kanak-kanak di taska saya urusan mereka pun selesai. Saya pun bergegas nak balik rumah. Hendak masak makan malam untuk keluarga pula.
"Puan, kita ambil gambar dulu boleh?"
"Gambar taska saya ke gambar saya seorang?"
"Kita tangkap gambar ramai-ramai."
"Oh, boleh. Boleh. Tak ada masalah. Jomlah." Saya menyuruh mereka berdiri sebaris sebelah menyebelah.
Klik. Gambar pertama diambil daripada henpon salah seorang daripada mereka.
Tukang bidik gambar tunjukkan gambar pada saya.
Alahai, semuanya tegak sahaja. Nak senyum pun takut-takut. |
"Ish, nampak skema je semuanya," fikir saya. "Kita ambil lagi sekalilah. Guna henpon saya pula."
Masing-masing akur.
"Ok, free style!" Jerit saya sambil membuat gaya James Bond.
Mereka terus bertindak mengikut arahan. Tak ubah macam kelakuan kanak-kanak taska saya apabila saya cakap nak ambil gambar mereka.
Selesai semuanya mereka bersalam dan mengucapkan terima kasih pada saya.
"Nanti kalau nak buat praktikum taska bolehlah mohon di taska ini," pelawa saya.
"Insya-Allah, puan. Tahun depan kami ada praktikal taska."
Balik rumah saya belek-belek gambar yang diambil petang tadi. Tapi saya lebih suka gambar yang kedua ini.
Wah, mentang-mentanglah saya dah bagi 'green light' bukan main lagi gaya mereka. Tak nak kalah dengan saya. |
Bukan apa, kata nak jadi cikgu taska,kan? Kita akan berhadapan dengan makhluk paling comel di dunia. Tapi dalam masa yang sama emosi mereka turun naik juga macam cuaca. Tak boleh dijangka tapi boleh diramal. Tiba angin puting beliung mereka tak kanlah kita pun nak tunjuk kuasa kilat yang kita ada. Kena siapkan fizikal dan mental kita supaya kita sentiasa bersedia dengan apa jua situasi yang datang dari makhluk paling comel ini.
No comments:
Post a Comment